Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Lokasi tempat kerja

Seksyen 16 Petaling Jaya (PJ) adalah tempat saya bertugas. Di sini terletaknya komplek makmal Fakulti Sains. Kawasan makmal ini lebih dikenali sebagai Kolej Islam kerana ia pernah menempatkan Kolej Islam sebelum berpindah ke Klang, Selangor. Walaupun di Jalan Pantai Baru KL terletak pejabat Dekan, Ketua-Ketua Jabatan namun terdapat juga makmal di sana. Namun di PJ terdapat Mikrobiologi, Fizik, Kimia, Zoologi, Botani.  Nama-nama seperti Kasim Rejab (Allahyarham), Aziz, Razali Jaman, Rahim Othman, Md Zain Sood, Aziz Ramdan, Mimi Nora, Habsah Hassan, Mokhtar Hassan, Yusoff (Allahyarham), Haji Dali Sharif, Ripin Sinin (dikenali sebagai Wak Ipin, Allahyarham) adalah nama-nama Pembantu Makmal veteran yang diperkenalkan kepada saya oleh Khalil. Menariknya ketika saya masuk kerja pada tahun 1979, Khalil sedang bercinta dengan Mimi Nora. Kakitangan makmal yang saya senaraikan diatas adalah warga UKM peringkat awal yang menjadi perintis dalam pembukaan makmal sains di UKM. Sebagai maklu

Kampung Melayu Batu Caves

Pada tahun 1980, saya membuat keputusan membawa ibu tinggal di KL. Pastinya beliau suka mahu jadi orang KL. Tetapi dengan gaji yang tidak cukup lumayan, saya membuat keputusan tinggal di sebuah perkampungan melayu dekat Batu Caves. Rumah lot yang bina oleh tuan rumah dan sewanya cuma $70 sahaja. Masih mahal. Tolak gaji $295 masih berbaki 225. Habis tu...KWSP kena potong. Namun memang benar kata-kata ustaz, menjaga ibu Allah beri rezeki yang cukup. Saya masih takut nak tinggal di Petaling Jaya, kerana saya tidak tahu di mana ada perkampungan Melayu. Saya melakukan perkara yang membazir. Tinggal di Batu Caves kerja di PJ. Kena naik bas dua kali. Satu bas mini ke KL dan naik bas ke Seksyen 16 PJ. Mujur masa KL tidaklah sesak seperti sekarang. Cuma kalau naik bas mini yang rendah, pastinya sakit tengkok dan pinggang. Demi ibu saya tetap tinggal di Batu Caves. Kebetulan saya ada seorang kakak sepupu yang tinggal di Kampung Laksamana. Jika ibu sakit demam ada keluarga boleh jengah.

Senarai tugas di Fakulti Sains

Jurugambar di UKM. Ada orang bertanya ada ke jawatan itu? Mereka pelik UKM mempunyai kerjaya itu. Yalah, waktu itu kalau sebut Jurugambar pastinya di surat kabar, setesen TV. Jadi bila saya sebut kerja di UKM orang pun pelik. UKM lebih terkenal dengan kerjaya pensyarah. Namun saya tetap seronok kalau orang bertanya itulah jawatan saya. Tugas utama saya ketika memulakan kerja di UKM ialah merakam gambar projek penyelidikan pensyarah dan pelajar tahun akhir. Saya pun ketika Khalil memberitahu tugas-tugas itu baru saya faham. Saya tidak banyak merakam gambar majlis. Oleh itu tugasnya tidaklah sehebat mana maka yang yang penting saya ada gaji! Bukan mudah kan? Saya bersyukur dengan tugas itu. Masuk makmal dan keluar makmal. Ada kalanya masuk sungai, masuk hutan. Akhirnya saya dikenali sebagai Jurugambar Sains. Mana tidaknya hasil kerja saya banyak diterbitkan dalam jurnal sains. Khalil banyak membantu saya dengan mengajar bagaimana merakam gambar-gambar di makmal. Kami memiliki kelengk

Lapor diri di UKM Bangi

Imej
5 November 1979 saya meninggalkan Kampung Sungai Batang dengan penuh yakin. Saya tinggalkan seorang ibu di sana dengan harapan setelah mantap di Kuala Lumpu ibu akan dibawa bersama. Memang untuk saya akui itu adalah satu perkara yang sukar dilakukan kerana ibu tinggal seorang diri dengan mengharapkan abang Wahid sahaja melihatnya. Apakan daya dengan gaji hanya 295 ringgit saya fikir masih belum mampu untuk membawa ibu tinggal bersama. Kalau itu adalah satu tindakan yang tidak patut maka saya akui tetapi apakan daya saya korbankan ibu demi masa depan. Ibu saya tinggalkan sejauh lebih 400 kilometer dari KL. Oh, siapa tahu perasaan saya. Hanya Allah sahaja yang menetukan takdir untuk saya. Ketika saya melapor diri Masjid UKM sedang dibina Setelah melapurkan diri di pejabat Pendaftar UKM dan diberikan no pekerja (UKM) 03308 maka sahlah saya seorang Jurugambar UKM. Satu kerjaya yang impi-impikan setelah tamat pengajian di Pusat Latihan Belia Peretak (PLBN) kini Institut Kemahiran

Saya Berhijrah

Tahun 1979 adalah kemuncak segala-galanya. Saya menerima panggilan temuduga untuk jawatan Jurugambar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah mencari berbagai kerjaya, maka dengan panggilan temuduga ini memberikan satu kegembiraan yang tidak terhingga. UKM ketika itu masih muda. Usianya masih lapan tahun. Ketika saya datang ke kampus tetapnya di Bangi, saya melihat pembangunan masih diteruskan. Bangi agak asing kepada saya. Jauh ke selatan untuk sampai ke sana mesti menaiki bas ke Kajang dan seterusnya meneruskan perjalanan dengan bas juga. Terletak di sebuah bandar yang baru dibangunkan iaitu Bandar Baru Bangi (BBBangi).Oleh kerana Bangi masih belum membangun maka keadaannya tidak memberikan apa-apa keseronokkan kepada saya sebagai anak muda. Namun, demi mencari rezeki maka saya bertekad agar pekerjaan yang saya pohon akan menjadi kenyataan. Oleh itu selepas ini siri ini akan saya catatkan semua kisah suka duka setelah berhijrah ke Kuala Lumpur dan seterusnya me

Pak Cik Saad (Tok Saad)

Ketika duduk-duduk di pagi Ahad, kenangan berada di Kampung Sungai Batang datang dengan syahdu sekali. Banyak-banyak kenagan saya teringatkan Pak Cik Saad atau Tok Saad. Nama hebat di kampung saya kerana beliau seorang usahawan getah cair, getah keping mahupun getah sekerap. Waktu itu nama Mardec ada sebuah syarikat membeli getah cair. Pak Cik Saad salah seorang peniaga yang berusan membeli hasilan getah daripada orang-orang kampung. Saya ditawarkan menjadi pekerjanya selepas tamat persekolahan. Jadi kerani kepada Pak Cik Saad. Kata orang anaknya buta huruf dan tidak mampu mengendalikan perniagaannya akibat kekurangan itu. Namun, soal tenaga tiada masalah. Anaknyalha yang membantu saya mengangkat segala bebanan. Seronok juga menjawat jawatan itu kerana tidak perlu pergi bertugas awal. Paling awal saya masuk kerja pukul lapan pagi. Macam orang masuk pejabat juga. Tahun 1978-79 minat untuk menjadi peniaga seperti itu mana saya minat. Namun benih-benih untuk minat berniaga sudah