Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Kursus fotografi dalam perkhidmatan

Era fotografi analog tidak ramai orang menganjurkan kursus. Semasa itu kalau ada mesti syarikat seperti Kodak, Fuji, Iford, Eng Tong sahaja yang menganjurkannya. Kalau persatuan hanyalah ASFON.  ASFON waktu itu masih bergerak di Kuala Lumpur. tidak seperti sekarang mempunyai beberapa cawangan. Manakala syarikat swasta ialah Reduan Fotomedia ( pemiliknya Allahyarham Pak Wan ) dan Raja Harun Reduan. Dalam perkara ini Pak Wan lebih gigih dan saya lihat anak muridnya ramai. Saya dan Khalil sering turut serta dalam siri-siri kursus ini. Oleh kerana zaman itu tidak ramai orang Melayu yang menjadi jurufoto maka kami dari kalangan kakitangan kerajaan bernasib baik mendapat undangan dari mereka. Fotografi analog memamglah azab, namun demi kerjaya semua orang berusahalah juga untuk belajar. Nama-nama seperti Hamzah Hurmin (NST), Salleh Osman (NST), Ariff Azahari (NST) adalah penceramah yang pernah saya ikuti kursus mereka. Orang mantap dan berpengalaman sahaja yang berani memberikan ceramah

Saya Haji Khalil dan Dr Mohamed Omar.

Penghujung tahun 1979 saya memulakan tugas di UKM. Ketika ini UKM, khususnya Fakulti Sains sedang mengambil kakitangan baharu. Paling ramai saya lihat pengambilan Pembantu Makmal. Oleh kerana saya bertugas di makmal, maka saya pun dah jadi klon Pembantu Makmal. Orang ingat saya Pembantu Makmal. Kawan saya Mohd Khalil Alwi (Haji, sekarang dah bersara). Tinggal dalam makmal yang bernama Bilik Gelap. Lain macam saja bunyinya. tetapi ia adalah sebati dengan jawatan jurufoto. Sebab ketika itu tugas seorang jurufoto mesti tahu dan mahir mencuci filem (proses) dan mencetak gambar Hitam Putih atau Warna. Justeru tinggal dan bekerja dalam bilik gelap bukanlah perkara pelik. Mula-mula saya fikir menjadi jurufoto di sini menarik, tetapi rupa-rupanya gambar yang saya kena rakam adalah mengenai subjek sains. Masak saya dibuatnya. Spesimen seperti tikus putih, arnab yang dijadikan bahan kajian oleh pelajar dan pensyarah adalah bahan yang harus saya rakam. Manakala merakam gambar majlis agak kura