Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sungai Batang

Dari Daerah Permai Ke Lembah Rezeki

Imej
  Tahun 1968 ayah membawa saya, emak merantau ke Sungai Batang, Sik. Sebagai kanak-kanak lelaki baru berusia 10 tahun saya tidak mengerti apa-apa tentang kehidupan orang dewasa. Suka atau tidak, saya hanya akur dengan penghijrahan itu. Maka bermula tahun 1968 saya menjadi sebahagian penghuni sebuah kampung di pedalaman Kedah. Pekan Sik sebelum dibangunkan - 7 Jun 2002. Foto oleh Raai Osman Kampung ini terletak dipinggir sebuah bukit yang dinamakan Bukit Besar yang diceritakan bersempadan dengan Negara Thailand. Waktu pengganas komunis masih menjadi musuh utama negara. Maka tidak hairanlah saban malam terdengar bunyi tembakan motar oleh tentera kita menghalau musuh-musuh. Justeru, bunyi kereta kebal askar-askar sudah menjadi perkara yang amat lumrah sejak menjadi warga Kampung Sungai Batang. Di mana terletaknya Kampung Sungai Batang anda akan perolehi maklumat setelah mengikuti catatan sepenuhnya. Kampung ini terlalu istimewa buat buat saya walaupun bukan kampung asal tempat tumpah ...

Cikgu Putih

Cikgu Putih orangnya kecil sahaja. Guru lelaki yang mesra dengan orang kampung Sungai Batang. Guru Besar lelaki yang berasal dari Kampung Kemelong, Sik. Hatinya baik menyebabkan dia bermurah hati membenarkan arwah ayah menumpang di tanahnya berhanpiran Sekolah Kebangsaan Sungai Batang. Sekolah lama yang agak sempurna bagi sebuah kampung. Dinding papan bertingkapkan dawai agar angin mudah masuk. Ada guru-guru wanita kurang senang dan tidak selesa dengan sekolah ini kerana ianya terbuka. Orang kampung boleh masuk ikut suka. Kalau orang kampung balik dari kebun atau sawah mereka akan berhenti seketika sambil melihat guru-guru mengajar Mereka mungkin terpesona dengan wajah guru atau terpesona dengan apa yang diajar. Maklumlah tidak semua orang kampung yang celik huruf ketika itu. Justeru itu bahan yang diajar menarik minat mereka yang tidak pernah ke sekolah. Cikgu Putih baik orangnya. Tapi ada satu hari dia naik angin apabila kami membuat bising dalam kelas yang berhampiran dengan b...