Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel alam persekolahan

Dari Daerah Permai Ke Lembah Rezeki

Imej
  Tahun 1968 ayah membawa saya, emak merantau ke Sungai Batang, Sik. Sebagai kanak-kanak lelaki baru berusia 10 tahun saya tidak mengerti apa-apa tentang kehidupan orang dewasa. Suka atau tidak, saya hanya akur dengan penghijrahan itu. Maka bermula tahun 1968 saya menjadi sebahagian penghuni sebuah kampung di pedalaman Kedah. Pekan Sik sebelum dibangunkan - 7 Jun 2002. Foto oleh Raai Osman Kampung ini terletak dipinggir sebuah bukit yang dinamakan Bukit Besar yang diceritakan bersempadan dengan Negara Thailand. Waktu pengganas komunis masih menjadi musuh utama negara. Maka tidak hairanlah saban malam terdengar bunyi tembakan motar oleh tentera kita menghalau musuh-musuh. Justeru, bunyi kereta kebal askar-askar sudah menjadi perkara yang amat lumrah sejak menjadi warga Kampung Sungai Batang. Di mana terletaknya Kampung Sungai Batang anda akan perolehi maklumat setelah mengikuti catatan sepenuhnya. Kampung ini terlalu istimewa buat buat saya walaupun bukan kampung asal tempat tumpah ...

Lapor diri di UKM Bangi

Imej
5 November 1979 saya meninggalkan Kampung Sungai Batang dengan penuh yakin. Saya tinggalkan seorang ibu di sana dengan harapan setelah mantap di Kuala Lumpu ibu akan dibawa bersama. Memang untuk saya akui itu adalah satu perkara yang sukar dilakukan kerana ibu tinggal seorang diri dengan mengharapkan abang Wahid sahaja melihatnya. Apakan daya dengan gaji hanya 295 ringgit saya fikir masih belum mampu untuk membawa ibu tinggal bersama. Kalau itu adalah satu tindakan yang tidak patut maka saya akui tetapi apakan daya saya korbankan ibu demi masa depan. Ibu saya tinggalkan sejauh lebih 400 kilometer dari KL. Oh, siapa tahu perasaan saya. Hanya Allah sahaja yang menetukan takdir untuk saya. Ketika saya melapor diri Masjid UKM sedang dibina Setelah melapurkan diri di pejabat Pendaftar UKM dan diberikan no pekerja (UKM) 03308 maka sahlah saya seorang Jurugambar UKM. Satu kerjaya yang impi-impikan setelah tamat pengajian di Pusat Latihan Belia Peretak (PLBN) kini Institut Kemahiran ...

Alam Persekolahan

Imej
Alam persekolahan merupakan detik paling menarik dalam kehidupan kita. Tanyalah sesiapa, akan mengatakan alam persekolahan akan membuatkan mereka mengingati semua kenangan tersebut. Saya pernah berada dalam beberapa majlis alumni persekolahan kerana bertugas sebagai Jurufoto, mereka akan bergaya, berbual mengenai alam persekolahan. Contoh seorang Dato bila bersalam dengan seorang pegawai tinggi kerajaan yang juga bertaraf Dato. Menariknya Dato berkenaan mengimbas semula zaman di asrama. Cerita tentang "ragging". Namun menurut mereka ragging tidaklah menjadikan mereka bermusuhan hingga kini. Saya mempunyai banyak kenangan semasa bersekolah. Namun sekolah saya tidaklah semegah sekolah lain. Sekolah di pedalaman. Tidak tinggal di asrama. bagaimanapun kami dapat menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat. Gejala dadah tidak ada. Rakan-rakan saya tiada yang menjadi samseng dan sebagainya. Sekiranya semasa di sekolah kena rotan, kereta, motorsikal guru tidak akan dipancitka...