Lapor diri di UKM Bangi
5 November 1979 saya meninggalkan Kampung Sungai Batang dengan penuh yakin. Saya tinggalkan seorang ibu di sana dengan harapan setelah mantap di Kuala Lumpu ibu akan dibawa bersama. Memang untuk saya akui itu adalah satu perkara yang sukar dilakukan kerana ibu tinggal seorang diri dengan mengharapkan abang Wahid sahaja melihatnya. Apakan daya dengan gaji hanya 295 ringgit saya fikir masih belum mampu untuk membawa ibu tinggal bersama. Kalau itu adalah satu tindakan yang tidak patut maka saya akui tetapi apakan daya saya korbankan ibu demi masa depan. Ibu saya tinggalkan sejauh lebih 400 kilometer dari KL. Oh, siapa tahu perasaan saya. Hanya Allah sahaja yang menetukan takdir untuk saya. Ketika saya melapor diri Masjid UKM sedang dibina Setelah melapurkan diri di pejabat Pendaftar UKM dan diberikan no pekerja (UKM) 03308 maka sahlah saya seorang Jurugambar UKM. Satu kerjaya yang impi-impikan setelah tamat pengajian di Pusat Latihan Belia Peretak (PLBN) kini Institut Kemahiran ...