Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bersunat

Dari Daerah Permai Ke Lembah Rezeki

Imej
  Tahun 1968 ayah membawa saya, emak merantau ke Sungai Batang, Sik. Sebagai kanak-kanak lelaki baru berusia 10 tahun saya tidak mengerti apa-apa tentang kehidupan orang dewasa. Suka atau tidak, saya hanya akur dengan penghijrahan itu. Maka bermula tahun 1968 saya menjadi sebahagian penghuni sebuah kampung di pedalaman Kedah. Pekan Sik sebelum dibangunkan - 7 Jun 2002. Foto oleh Raai Osman Kampung ini terletak dipinggir sebuah bukit yang dinamakan Bukit Besar yang diceritakan bersempadan dengan Negara Thailand. Waktu pengganas komunis masih menjadi musuh utama negara. Maka tidak hairanlah saban malam terdengar bunyi tembakan motar oleh tentera kita menghalau musuh-musuh. Justeru, bunyi kereta kebal askar-askar sudah menjadi perkara yang amat lumrah sejak menjadi warga Kampung Sungai Batang. Di mana terletaknya Kampung Sungai Batang anda akan perolehi maklumat setelah mengikuti catatan sepenuhnya. Kampung ini terlalu istimewa buat buat saya walaupun bukan kampung asal tempat tumpah ...

Azabnya Bersunat

Adik sudah bersunat? Kalau adik seorang yang berani maka kena baca catatan ini. Jika takut kerana ngeri disebut bersunat saya nasihat jangan membacanya. Namun jika nak menjadi orang yang berani maka adik wajib memaksakan diri untuk membaca catatan ini. Adik-adik yang bersunat cara moden tidak mengalami pengalaman seumpama ini kerana kaedah bersunat saya cara tradisional yang dilakukan pada tahun 1969. Kawan sebaya saya sudah bersunat. Berjalan pakai kain pelekat tapi kena angkat sikit kat bahagian depan semasa tidur atau berjalan. Berjalan mengengkang dan harus berhati-hati kerana kuatir tersepak batu. Tapi bila mereka terjumpa saya maka sudah pasti saya kena ejek sebab kononnya saya takut nak jumpa dengan Tok Mudim . Mereka menakutkan saya dengan mengatakan pisau Tok Mudim besar, tumpul. Kononnya ada yang tidak putus semasa kerja-kerja bersunat dilakukan! Wau berpeluh dibuatnya apabila mendengar kisah mereka. Satu pihak lagi menaikkan semangat saya pula. Jika tidak bersunat kau bukan...