Sahabat Sejati
Pagi Jumaat seperti biasa di kampung tempat tinggal saya. Setiap setengah jam bunyi gendang besar di masjid. Dum, dum. Gendang ini dibunyikan (dipalu) oleh Siak masjid, Pak Jusoh. Sambil-sambil tu beliau akan mengemas masjid dan mencuci mana yang patut sebelum masuk waktu solat Jumaat. Saya, Din Mail dan Tajuddin sedang bermain-main. Tajuddin sebaya saya kematian emak manakal Din masih ada ayah dan ibu. Ayah dan ibunya berasal dari Kelantan menyebabkan orang kampung panggil dia Mail Kelantan. Kami budak-budak panggil dia Pak Cik Mail. Orangnya rajin bekerja, berjimat cermat. Din anaknya muda setahun berbanding dengan saya dan Tajuddin. Tajuddin sebaya saya dan abangnya Chek Lah (Abdullah) baik orangnya. Duduk dari kiri: Tajuddin, Kanan: Kamaludin Berdiri tengah: Rosli Deraksa (rakan sekolah) Dalam asyik bermain Tajuddin dan Din bersuara mengajak saya ke masjid bersolat Jumaat. Saya kata tidak tahu. Tetapi kata Tajuddin dia akan ajar. Ikut saja apa yang yang buat bila masuk mas...