Siksanya ke Sekolah
Daerah Sik terkenal dengan suhu sejuk antara bulan Januari ke Mac setiap tahun. Seorang guru saya Cikgu Fikri mengajar Geografi tidak mahu tinggal di Sik. Dia sanggup sewa rumah di Gurun kerana tidak tahan suhu sejuk di Sik. Mana tidak sejuknya, Sik dikelilingi dengan tanah tinggi seperti berada di kawasan Genting Sempah, Pahang. Waktu pagi emak akan panaskan air untuk mandian saya. Ahh mandi pun cuma sebaldi sudah cukup lepas mandi sejuk lagi. Mandi jam 5 pagi mana tidak sejuknya. Kampung saya tinggal jaraknya dari sekolah ialah 10 batu (16KM). Jadi saya harus menunggu bas MARA jam 6 pagi Bas MARA yang dipandu oleh Pak Ripin akan tiba dari Nami jam 6 pagi. Sebelum bas tiba lori-lori balak akan berderum terlebih dulu. Jika lori balak sudah tiba untuk masuk hutan maka bas sudah hampir tiba. Rumah saya tiada jam. Tapi yang menjadi panduan hanyalah bila Alias akan tercegat depan halaman rumah. Masa tu sekolah menengah pakai seragam serba putih, jadi ada waktunya saya terkejut jug...