Ayah Kembali ke Rahmatullah

29 Mei 1969-Ayah saya terlantar sakit agak lama. Namun saya tidak tahu apa penyakitnya. Pernah suatu hari beliau agak sihat dan mandi seperti biasa. Seperti dia tahu, pagi itu ayah membersihkan dirinya dengan mencukur muka dan membuang kuku kaki dan tangan.

Selang beberapa hari saya masih ingat emak bertanya ayah nak makan masakan apa malam nanti, ayah cuma berkata; "masaklah apa saja, aku dah nak mati"

Saya berusia 10 tahun tidak mengerti apa-apa. Saya tidak tahu apa itu ertinya mati. Namun malam itu sedang orang menunaikan solat Maghrib emak membantu ayah mengajar Dua Kalimah Syahdah akhirnya baru saya tahu ayah telah tiada.

Hujan di luar lebat. Waktu Maghrib. Ibu sisi ayah yang terkujur lesu
"Bang Man. Bang Man. Mengucap bang....Lailahaillallah......Bang Man......." ibu kelihatan pilu...... " Ayah tak ada Mad.....".
Mak keluar memanggil jiran. Aku menunggu sekujur kaku arwah ayah.....Aku masih lesu kerana baru reda demam panas. Kami berlawan demam antara ayah dan anak sebelum ayah dijemput Ilahi.....

Ulasan