Cikgu Aziz

Cikgu Aziz seorang guru darjah saya pada tahun 1970. Berasal dari Pekan Nenas, Pontian, Johor. Kawan baiknya Cikgu Kusmin orang Kluang, Johor.

Ketika itu terasa amat jauh Pontian dan Kluang. Namun setelah berkahwin dengan Muar saya kerap ke Kluang kerana kakak saya tinggal di sana. Kini saya tidak merasa jauh lagi kedua-dua tempat tersebut.
Cikgu Aziz bersama murid-muridnya


Apa yang menarik mengenai Cikgu Aziz ini ialah protesnya kerana dihantar mengajar di pedalaman Kedah. Bayangkanlah Kampung Sungai Batang terletak jauh dipedalaman Kedah. Segala kemudahan asas belum ada. Maka beliau sering menjinjing kasut bettelnya setiap kali hujan. Vespanya terpaksa ditinggalkan diluar kampung.

Cikgu Aziz merupakan seorang guru yang sering nasihati saya agar meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Jika tidak sudah pasti saya menjadi seperti beberapa orang kawan yang tidak meneruskan pelajarn ke peringkat menengah.

Ulasan