Senarai Blog Saya

10 September 2008

Cikgu Puteh

Orangnya kecil saja. Namanya Puteh senama dengan emak saya,namun dia Guru Besar lelaki yang baik hati. Saya masih ingat ayah amat suka dengan perwatakannya.

Oleh kerana dia baik hati akhirnya kami dibenarkan menumpang tanahnya seluas seekar. Hutan belukar ditanah miliknya kami jadikan sebuah rumah. Manakala emak menjadikan tanah tersebut sebagai kebun sayur.

Cikgu Puteh merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Batang tempat saya belajar sehingga darjah enam.

Maklumat yang saya perolehi beliau masih sihat dan tinggal di Kampung Kemelong Sik. Anaknya Cikgu Zainol pernah menjadi guru saya semasa di sekolah menengah.

1 ulasan:

Raai Osman berkata...

Kabar terbaru saya saya perolehi semasa ke Sik pada bulan Disember 2008 lalu Cikgu Puteh masih sihat dan tinggal di Kampung Kemelong. Saya kesuntukan masa untuk menziarahi beliau.