Senarai Blog Saya

10 September 2008

Jasa Guru

Guru-guru yang masih saya ingat namanya semasa bersekolah menengah ialah: Cikgu Mad (guru besar), Cikgu Fikri (guru kelas mengajar Sejarah), Ustaz Hamid, Cikgu Lah (Abdullah-guru disiplin mengajar Bahasa Melayu), Nalla Thambi (guru Bahasa Inggeris), Cikgu Harun (cikgu Pengakap). Cikgu Rohana (guru sementara mengajar pelajaran Sejarah), Cikgu Yaakop.

Semua guru-guru ini mencipta sejarah dalam kehidupan saya semasa di sekolah menengah. Saya bukan seorang pelajar yang nakal, jahat dan sebagainya. Malahan saya seorang salah seorang ketua Pengakap, Pengawas sekolah.

Namun saya pernah kena rotan 2 kali akibat rambut terpanjang sikit kerana tiada wang untuk menggunting. Bagaimanapun saya tidak pernah berdendam dengan Cikgu Lah.

Kami murid-murid sekolah di pedalaman nakal juga waktu itu (1970-1975). Namun kami tidak jahat dengan menghisap rokok mahupun dadah. Biarpun masa itu belum ada guru kaunseling, tetapi Cikgu Fikri cukup berdeplomasi dalam mendidik kami. Tutur katanya cukup lembut.

Nalla Thambi, seorang guru berbangsa India. Namun fasih berbahasa melayu, sudah tentu Englishnya! Namun dia tidak pernah membezakan antara bangsa yang ada. Kebetulan dalam kelas saya terdapat seorang rakan   berbangsa India.

Cikgu Harun seorang guru Pendidikan Jasmani yang aktif. Beliau juga seorang guru untuk aktiviti Pengakap. Untuk menceritakan keseronokan berpengakap memanglah panjang. Cikgu Harun umpama rakan kerana dia melayan kami seperti kawan-kawannya.

Cikgu Rohana seorang guru sementara dan mengajar Sejarah. Bercinta dengan Cikgu Yaakop. Terdapat satu nota yang memfitnahkan beliau di meja saya. Maka dia telah menuduh saya yang menulis nota itu. Saya hampir dikenakan tindakan disiplin dengan kes ini!! [Maaf cikgu andainya terbaca nota ini memungkin cikgu salah faham]

Saya berterima kasih kepada semua guru-guru. Tanpa mereka pastinya saya tidak berada di UKM untuk bertugas sebagai Jurufoto. Jika tidak, mungkin waktu ini saya seorang orang kampung entah di pedalaman mana.

Cikgu-cikgu semua dimana sekarang? Jika masih hidup syukur dan didoakan agar sihat sentiasa. Jika sebaliknya Al-Fatihah buat yang muslim dan tafakur buat Cikgu Nalla! Maklumat terkini yang diperolehi  ramai cikgu-cikgu saya masih sihat. Ada yang pernah menghubungi saya setelah terbaca blog ini.

Paling menarik saya pernah bertemu dengan Cikgu Lah setelah beliau terjumpa laman blog ini.

2 ulasan:

dilaOHdila berkata...

salam....
cerita yang menarek....boleh dikongsi pengalaman ini dgn blog reader yang lain.
' Selamat menyambut syawal'

Raai Osman berkata...

Tajuk ini telah menarik perhatian bekas guru saya. Baca dalam Liku-Liku Kehidupan pada tajuk Panggilan Telefon Penuh Bermakna .