Alam Persekolahan

Alam persekolahan merupakan detik paling menarik dalam kehidupan kita. Tanyalah sesiapa, akan mengatakan alam persekolahan akan membuatkan mereka mengingati semua kenangan tersebut.

Saya pernah berada dalam beberapa majlis alumni persekolahan kerana bertugas sebagai Jurufoto, mereka akan bergaya, berbual mengenai alam persekolahan. Contoh seorang Dato bila bersalam dengan seorang pegawai tinggi kerajaan yang juga bertaraf Dato. Menariknya Dato berkenaan mengimbas semula zaman di asrama. Cerita tentang "ragging". Namun menurut mereka ragging tidaklah menjadikan mereka bermusuhan hingga kini.

Saya mempunyai banyak kenangan semasa bersekolah. Namun sekolah saya tidaklah semegah sekolah lain. Sekolah di pedalaman. Tidak tinggal di asrama. bagaimanapun kami dapat menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat. Gejala dadah tidak ada. Rakan-rakan saya tiada yang menjadi samseng dan sebagainya. Sekiranya semasa di sekolah kena rotan, kereta, motorsikal guru tidak akan dipancitkan.

Seingat saya semasa besekolah dua kali kena rotan. Sekali semasa didarjah 6. Itupun kerana membuat bising depan bilik Cikgu Besar. Kali kedua kerana rambut terpanjang kat belakang ada ekor. Kena rotan. Tetapi emak ayah kami tidak menyaman guru. Kami tidak tumbuk cikgu. Kalau kena berdiri atas meja tu biasalah. Sebab nakal, sebab tak boleh jawab soalan cikgu. Paling teruk kena berdiri sampai habis kelas bila tak buat kerja sekolah.

Bergaduh dengan kawan-kawan. Itu kejadian biasa. Biarpun bergaduh kami menjadi kawan yang baik selepas sekolah. Kami tidak guna geng untuk membalas dendam.

Saya pernah dilantik jadi pegawas sekolah. Pernah mendenda rakan-rakan senior mahu junior. Ekoran perkara itu saya tidak pernah dipukul. Itulah alam persekolahan yang saya lalui. Sebab itu rezeki kami tidak tersekat biarpun kami tidak berpangkat besar. Apa yang penting rezeki kami halal, lancar biarpun kami bukan digelar seorang jutawan

Percayalah saya hampir lima enam tahun selepas tamat sekolah masih bermimpi berada dialam persekolahan. Jumpa rakan-rakan lama. Bersua guru-guru. Pernah bermimpi menunggu bas untuk pulang ke rumah. Tanyalah sesiapa yang pernah bersekolah nostalgia itu akan terbenam di benak masing-masing.

Tambahan seandainya anda pernah bercinta 'monyet", Pernah berjaya sebagai pelajar terbaik. Pernah dipuji. Semua ini akan menjadi motivasi. Paling seronok ketika mengenang kembali saat-saat menerima keputusan SRP (kini PMR), SPM, STP (kini STPM). Dapat 1 A melompat hampir-hampir mencecah bumbung sekolah!

Sebab itu setelah anak-anak masuk sekolah, kita akan memastikan anak kita berjaya dalam peperiksaan. Kalau boleh ayah dapat 1 A anak akan dapat 10 A.

Pengalaman alam persekolahan banyak untuk saya catatkan. Namun tidak semua akan saya catatkan memandangkan terlalu banyak. Biarlah saya simpan sebahagian besar nostalgia itu menjadi catatan dalam ingatan saya untuk dibawa mati.

Anda akan mengikuti catatan saya selepas bersekolah dan mengharungi alam remaja sebelum saya berhijrah ke Kuala Lumpur (pada 5 November 1979) dan kini menetap di Bangi.

Ulasan

Cik E berkata…
saya dh linked en raai.

;)
HABIHA69 berkata…
amvoooi..abg. raii nostalgik gitu..cuti ujung tahun tak balik sik kaa? apa pun baguih lah topik tu tpi abg raai must remember bangi is my home town...tabik to bang!
Panjang cerita..... nak tau sepenuhnya kena baca catatan saya seterusnya.

Ringkasnya beginilah, Baling daerah kelahiran saya. Sik daerah saya membesar, bersekolah, memungut cinta dan kasih sayang (dari seorang Ibu dan Ayah!). Saya meninggalkan daerah Sik tahun 1979 ke Kuala Lumopur. Tinggal di Kampung setinggan pinggir Sekolah Seri Puteri dan PWTC-belum ada lagi waktu itu.

UKM berpindah ke Bangi. Langsung saya menetap di Kampung Dato Abu Bakar Baginda. Entah kenapa saya tidak tahu (ajaib takdir Allah), tahun 2003 saya berpindah ke Teras Jernang (alamat rumah rahsia, takut pencuri buat risikan.....! Sori beb gua orang miskin )