Berlakon Teater "Sultan Mahmud Mangkat diJulang"

Sekolah Menengah Sik akan mengadakan Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan. Salah satu program ialah pementasan Teater Sultan Mahmud Mangkat di Julang.

Krew Teater Sultan Mahmud mangkat dijulang

Anggota Boria


Saya ditawarkan menjadi pelakon tambahan sebagai kadam raja untuk membawa nangka yang telah dimakan oleh isteri Laksamana Bentan.

Pengarah teater ialah Ustaz Hamid. Ustaz Hamid meminta sesiapa yang ada pokok nangka agar membawa buah nangka. Esuknya bila tiba hari pementasan kawan-kawan mengenakan saya dengan membawa buah nangka yang besar. Wau bukan main berat.

Semasa adegan menyembahkan nangka untuk santapan Sultan Mahmud, tangan saya bukan main menggigil memegang buah nangka tersebut. Penonton bertepuk tangan kerana tangan yang menggigil tu menjadi lebih realistik.

Pada hal mereka tidak tahu saya menahan bebanan buah nangka tersebut!

Ulasan