Menduduki Peperiksaan SPM 1975

Ketika hendak mengambil SPM saya mula risau kalau-kalau tidak sempat datang ke pusat peperiksaan. Rumah saya sejauh 10 batu dari Sekolah Menengah Sik kena pergi dengan bas. Jika tak ada bas, kena naik teksi. Teksi ada waktunya penuh dengan penumpang.

Marzuki (ayahnya Zainal taukeh daging di Pekan Sik) mempelawa saya menumpang di rumahnya. Emak izinkan dengan membekalkan dua cupak beras. Adalah sedikit wang dibekalkan untuk keperluan sepanjang peperiksaan berlangsung.

Ayah Marzuki menyediakan sebuah pondok di kawasan kampungnya bagi kami tinggal. Marzuki tinggal disitu dalam usahanya mengulangkali.

Marzuki naik basikal dengan saya membonceng dibelakangnya. Alhamdulillah akhirnya saya selesai menduduki peperiksaan. Saya seharusnya bersyukur kerana keluarga Marzuki membantu dalam kesusahan.

Kali terakhir saya bertemu dengan Marzuki di Stesen Minyak Bandar Baru Bangi kerana mengikuti program usahawan petrol pump. Dia kini sudah memiliki empat buah stesen minyak. Dua di Sik, dua di Kuala Lumpur.

Ulasan