Minat Menjadi Penulis

Tahun 1975 merupakan tahun dimana bermulanya penulisan menggunakan ejaan baru. Anda yang sebaya dan lebih veteran tentu pernah ingat peristiwa inikan?



Ejaan lama tidak seperti sekarang. Cara dieja Chara. Cinta dieja Chinta. Air dieja Ayer. Ringkasnya jika mengeja perkataan yang ada Cha maka kini telah tiada "h" lagi. Sakit juga jiwa nak mengeja waktu itu.

Namun kami pelajar yang akan menduduki SPM dan sebagainya dibenarkan membuat pilihan menggunakan ejaan baru atau lama. Saya membuat pilihan menggunakan ejaan lama. Tetapi selepas itu saya terus memahirkan diri menggunakan ejaan baru. Syukur akhirnya berjaya juga. Mana tidaknya sejak bersekolah rendah hingga menengah hampir sebelas tahun mesra dengan ejaan lama. Sekarang apabila buka balik buku-buku ejaan lama yang masih tersimpan di rumah rasa pelik juga. Anak-anak sudah tentu mereka lagi merasa pelik.

Minat terhadap penulisan mula berputik masa itu kerana seorang guru Ilmu Alam (Geografi) merupakan penulis untuk Mastika sebelum dia jadi guru. Banyaklah saya dapat membaca tulisannya yang tersiar di Mastika.

Justeru saya berpeluang dilantik menjadi ahli sidang pengarang majalah sekolah.

Ulasan