Pengakap Sekolah

Saya amat berminat dengan pasukan beruniform. Saya juga berminat menjadi mata-mata gelap (perisiklah tu...). Dengan minat yang ada, saya memujuk emak untuk memasuki persatuan Pengakap sekolah.



Kerana seronok menjadi ahli pengakap, saya berjaya lulus beberapa ujian dan berjaya menjadi ketua dalam pasukan pengakap. Pasangan saya Rosli bin Deraksa. Kami bersaing dalam banyak hal. Tapi kami tidak pernah bertumbuk.

Hinggakan saya dan Rosli pernah menjalankan satu aktiviti menjual kalendar sekolah hingga ke Pulau Pinang. Jalan kaki dan menumpang orang. Tapi lebih banyak naik bas. Sebab tidak mampu berjaya kaki. Jual kalendar seringgit setiap satu. Yang syok kena membantu orang sebelum jual kalendar.

Seronok menjadi ahli pengakap. Belajar berkawat, membuat ikatan tali. Rumusannya saya perolehi ia banyak membantu membina jati diri sehingga hari ini.Dengan mottonya "Membantu Orang Setiap Masa" maka saya fikir ianya masih releven hingga hari ini.

Menyertai persatuan pengakap membolehkan saya bergaul dengan rakan-rakan seangkatan. Pasukan Pandu Puteri merupakan rakan istimewa kami. Malahan mereka adalah sumber inspirasi kami. Mana taknya jika kami pergi menyertai jembori mereka akan turut serta.

Cikgu Harun cukup sporting. Malahan dia melayan kami macam kawan-kawannya.

Walaupun pengakap dipelopori oleh bangsa bukan Islam, namun ilmunya baik untuk digunakan dalam menjalankan kehidupan seharian kita.
Ketika Tun Mahathir Mohamed
menjadi Menteri Pelajaran melawat Sik.

Ulasan