Sebuah Kamera

Saya anak orang miskin, tetapi berminat memiliki kamera. Bukankah pelik tu. Tapi usaha tetap ada.

Ingat lagi masa tu ada satu judi kat kedai runcit. Tikam nombor. Ahhh budak-budak mana tahu itu judi. Bawa sepulh sen bayar kat tuan kedai maka kami akan koyak kertas. Jika keluar nombor yang sepadan barangan yang tergantung maka kita menang. Kalau tidak hancur duit tu.

Dalam banyak-banyak barang kamera paling saya geram. Setiap kali pergi "tikam" langsung tak kena. Rupa-rupanya kamera itu hak tuan kedai..... Kempunan saya. Tapi adik tuan kedai baik dengan saya. Akhirnya kamera itu saya pinjam daripadanya beliau. Filem yang digunakan ialah 120mm. Itulah sejarah saya menjadi tukang gambar.

Minat terus mendalam rupanya. Saya dapat meminjam sebuah kamera lama dari Pak Man. Dia memiliki kamera lama yang ditinggalkan oleh orang putih. Ingat tak pada zaman permulaan merdeka negara kita didatangi ramai orang-orang putih yang ingin membangunkan minda orang-orang Malaysia. Salah seorang orang putih ni telah datang ke Sungai Batang. Sebelum menamatkan perkhidmatannya dia menghadiahkan kamera itu untuk Pak Man. Pak Man ni anak Tok Imam dari isteri kedua menjadi pemandu bas skolah. Saya baik dengannya. Jadi dapatlah saya meminjam kamera tu.

Justeru itu minat saya pada sebuah kamera bermula pada tahun 1971. Maka untuk merealisasikan minat tersebut saya sering meminjam kamera Pak Man. Seharusnya saya berterima kasih kepada Pak Man, kerana dengan hatinya yang pemurah kini saya sebagai seorang jurufoto di UKM dan sebagai penceramah bidang fotografi disamping menjadi tenaga pengajar sambilan di UKM

Ulasan