Senarai Blog Saya

05 Oktober 2008

Seksanya ke Sekolah

Daerah Sik terkenal dengan suhu sejuk antara bulan Januari ke Mac setiap tahun. Seorang guru saya Cikgu Fikri mengajar Geografi tidak mahu tinggal di Sik. Dia sanggup sewa rumah di Gurun kerana tidak tahan suhu sejuk di Sik.

Mana tidak sejuknya, Sik dikelilingi dengan tanah tinggi seperti berada di kawasan Genting Sempah, Pahang.

Waktu pagi emak akan panaskan air untuk mandian saya. Ahh mandi pun cuma sebaldi sudah cukup lepas mandi sejuk lagi. Mandi jam 5 pagi mana tidak sejuknya. Kampung saya tinggal jaraknya dari sekolah ialah 10 batu (16KM). Jadi saya harus menunggu bas MARA jam 6 pagi

Bas MARA yang dipandu oleh Pak Ripin akan tiba dari Nami jam 6 pagi. Sebelum bas tiba lori-lori balak akan berderum terlebih dulu. Jika lori balak sudah tiba untuk masuk hutan maka bas sudah hampir tiba.

Rumah saya tiada jam. Tapi yang menjadi panduan hanyalah bila Alias akan tercegat depan halaman rumah. Masa tu sekolah menengah pakai seragam serba putih, jadi ada waktunya saya terkejut juga bila dia dah tercegat dengan seragam putih.

Menariknya emak saya pandai melihat ufuk langit. Dia nampak sinar cahaya hampir Subuh. Lebih menarik emak boleh mengira kokokan ayam. Katanya bila ayam berkokok tiga kali jam 3 pagi. Entahlah saya agak kurang yakin waktu itu. Tapi sepanjang persekolahan, saya jarang terlewat ke sekolah. Sedangkan sekarang anak-anak pelajar ada jam loceng berdering bagai nak runtuh bilik masih ada yang terlewat ke sekolah!

Paling risau jika lewat ke sekolah sekiranya pada minggu saya kena jadi ketua pegawas, minggu kena jaga pintu pagar untuk "menangkap" pelajar datang lewat. Tapi bila ada rakan-rakan pelajar yang datang lewat kerana bas lewat saya sendiri faham masalah mereka. Justeru ramai pelajar yang suka ketika saya menjadi ketua pegawas bertugas.

Mujur guru pegawas (Cikgu Lah) tidak tahu perkara ini....

3 ulasan:

HABIHA69 berkata...

cam saye jugak bang raii malasssnya nak bangun...

Raai Osman berkata...

Petua mudah nak bangun pagi. Bangun perlahan-lahan kit bayangkan gaji anda sebulan berapa (Jika makan gajila). Bahagi 30 hari. Katakanlah dapat RM60.00 sehari. Haa bangunlah cepat-cepat sebab RM60.00 sedang menunggu di pejabat.

Kalau berniaga bayangkan jikalau lewat bangun nasi lemak tak laku seratus bungkus pagi itu!

Orang Islam kena bayangkan kalau terlepas solat Subuh mati pula jam 10 pagi kan haru tu.... hilang nikmat duniakan?

Amani WP berkata...

Mmg sejuk taim tu.. lutut sampai ke dagu , tp sepanjang sy bersekolah di sg batang tahun 1982-1983 sy tak biasa mandi air panas. Time tu dah ada air masyarakat.. mmg sejuk