Senarai Blog Saya

17 November 2008

Kenduri Kawin

Kenduri kawin memang meriah di kampung. Bila tiba musim kenduri orang kampung tidak kira hari Ahad sebab orang kampung di Sungai Batang kerja di kebun atau sawah. Mana ada cuti hujung minggu. Negeri Kedah bercuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat.

Makan satu hidang empat orang. Semasa kenduri kawin kami akan makan daging. Maksudnya gulai daging. Sedap sekali apabila mengenang kembali. Daging segar. Bukan daging beku. Sembelih sebelah petang. Malam bergotong royong melapah seekor lembu atau kerbau untuk makan sekampung. Perut dijadikan kerabu dengan adunan umbut bayas yang diambil dari hutan Bukit Besar. Amat sedap.

Paling seronok saya masih ingat jikalau makan sehidang dengan Azmi anak Pak Cik Hamid saya dan rakan-rakan gembira, mereka tidak makan daging. Dia dah jemu kerana ayahnya menjadi penjual daging!

Ketika musim kenduri kawin orang kampung kenyang sekeluarga kerana tidak perlu masak. Pesta kenduri kawin meriah dengan pertunjukan silat pulut.

5 ulasan:

aida berkata...

ermm..menarik coretan anda..bila baca coretan teringat sy pada kampung krn sy pun org sik..best sgt hidup kt daerah yg sejuk tu...

aida berkata...

best kan kenduri kawin kt sik..terutama bila makan daging lembu campur dgn batang pisang..peh mavelesss ...

Tanpa Nama berkata...

paling best makan kenduri daging lembu campur dgn batang pisang..pehhhh menjilat jari..syok kan org sik

aida berkata...

hi org sikk

Raai Osman berkata...

Terima kasih ulasan anda. Terima kasih kerana sudi membaca.