Musim Hujan

Sungai Batang sebuah kampung yang terletak dikelilingi bukit bukau. Suhunya sejuk. Terletak ke arah timur dalam perjalanan ke Pedu. 16 km dari Pekan Sik. Tahun 1970-an orang takut nak berjalan malam. Kawasan itu merupakan kawasan pinggiran sempadan Thailand.

Taburan hujan agak tinggi. Pernah orang kampung mengalami musim hujan tiga bulan. Siang hujan, malam hujan. Tanah di kampung tersebut tidak kering hampir empat bulan. Orang-orang kampung tidak dapat turun ke kebun getah. Bagi mereka yang rajin, masuk hutan cari rotan, buluh dan daun rumbia untuk dibuat atap (bumbung) rumah.

Bayangkan tiga bulan, hampir empat bulan pokok getah basah. Pernah suatu hari saya rajinkan diri masuk kebun getah jam 3 petang. Wau seram. Mana tidaknya fikiran asyik terfikir Sang Belang! Lazimnya kaki judi di kampung tersebut main judi siang malam nak cari duit kononnya. Sabda Rasullallah kemiskinan itu menghampiri kekufuran!

Emak saya janda miskin, ketika musim menanam padi dia akan turun sawah (bendang). Musim menuai padi dia turun sawah. Mujur masa itu sawah diusahakan secara tradisional. Upah kebiasaannya orang kampung berikan padi. Sayalah tukang angkut dari sawah.

Ada waktunya saya dan emak menumbuk padi dengan menggunakan lesung kaki atau lesung tangan. Ketika itu tiada kamera. Sayang sekali gambar orang menumbuk padi tiada dalam koleksi saya. Apabila suami Hajjah Zaharah bina kilang padi kami orang kampung menghantar ke kilangnya.


Malam emak membuat atap rumbia. Jual kat orang kampung. Atau orang kampung upah kat emak. Paling menarik emak buat kerja hingga larut malam hanya bertemankan pelita minyak tanah dan lampu suluh. Sebilah parang disebelahnya. Iish ingat-ingat seram juga. Namun syukur orang jahat (penjenayah) waktu itu tidak seperti sekarang.

Sebenarnya Kampung Sungai Batang kini telah dibina empang Beris dengan wujudnya tasik buatan iaitu

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam,

Saya juga orang Sik. Orang Jeneri. Saya ada bapa saudara di Sg. Batang. Pak Ngah Noh. Orang panggil Mat Noh rasanya. Kalau tak silap memang tinggal di Sg. Batang.

Empangan Beris sudah banyak kali saya sampai. Cantik.

Saya kagum dengan saudara. Kisah yang hampir sama dengan saya. Anak penoreh, buat atap dan bersawah.

Terima kasih atas post yang mengimbau kenangan saya kepada kampung.
Sdr Zaini, saya belum ada kesempatan nak ke Empangan Beris. Ketika bercuti 20-24 Disember 2008 saya ke Beris Jaya. Kerana ada masalah kesihatan, saya membatalkan hasrat ke sana dan balik ke Bangi pada 24 Disember. Nmaun saya akan berusaha ke sana untuk sesi fotografi. Insyaalah jika ada kelapangan.
Tanpa Nama berkata…
Rasanya Mat Noh saya kenal. Jumpa dia kata "Mat Raai kirim salam"
Mat Noh saya kenal. Jumpa dia kirim salam. Sebut nama Mat Raai dia taulah tu.
Saya baru sampai ke Tasik Beris pada 27 Disember 2010 lalu.