Wayang Kulit,Fun Fair, Wayang Pacak, Television

Wayang Kulit,Fun Fair, Wayang Pacak, Television merupakan media hiburan yang pernah saya tonton semasa tinggal di Sungai Batang,

Wayang kulit diusahakan oleh seorang tukang wayang kampung tersebut. Menghiburkan namun pada peringkat awal saya perlu memahaminya secara mendalam kerana Tok Dalang menggunakan bahasa melayu loghat Siam.

Fun fair merupakan hiburan yang agak eksklusif. Nak masuk ke fun fair kena bawa banyak wang. Ada game dan sebagainya. Akhirnya saya menyedari fun fair kurang elok dikunjungi kerana terdapat permainan berunsurkan perjudian. Namun jika ada persembahan pentas dapatlah kita melihat Daud Kilau (Dato), malah sekiranya bernasib baik dapat tengok Hail Amir dan Uji Rashid. Di Sik terdapat satu orkestra yang bernama Orkes Candeni. Mereka membawa lagu-lagu hindustan dengan penarinya dua orang mengelek ala penari arab. Tapi mereka ini darai (pondan).

Wayang pacak begitu popular waktu. Ia ditayangkan oleh Jabatan Penerangan. Datang sebelum senja wayang ditayang selepas Magrib, ramai orang kampung tidak solat kat masjid. Tetapi orang kampung berpuashati kerana dapat melihat Rahim Razali (Dato) dan arwah Noraini Hashim berlakun bersama beberapa pelakon yang kini turut terkenal. Orang kampung menonton dalam sifat wayang pacak hitam putih. Kalau menonton dari belakang layar gambar jadi terbalik. Poket sebelah kanan akan menjadi sebelah kiri. Mesej hanya satu untuk menceritakan bahayanya komunis, deman malaria, taun. Tetapi orang kampung membuang air besar masih kat sungai dan parit! Mungkin semasa wayang ditayangkan tali barut komunis turut menonton!!

Tahun 70-an bekalan letrik belum sampai ke Sungai Batang. Namun peti TV sudah wujud. Masih dalam hitam putih. Rumah Pak Cik Hamid (isterinya Mak Cik Halimah atau Limah) menjadi panggung wayang. Orang kampung menonton cerita Anak Ku Sazali, Sarjan Hassan, Raja Bersiong, Bawang Putih Bawang Merah, Do Re Me dan sebagainya. Sesiapa hendak menonton kena bayar sepuluh sen untuk memastikan generator Pak Cik Hamid boleh dihidupkan. Paling suspend tengah-tengah Hang Tuah hendak menikam Hang Jebat , generator mati akibat petrol habis atau spark plung kotor! Bila TV di on semula Hang Jebat sudah kena tikam dengan keris Taming Sari!

Paling tidak bagus apabila tiba waktu siaran berita,TV kena off. Bayangkanlah bagaimana motif kerajaan hendak sampai.

Ulasan