Sahabat Sejati

Pagi Jumaat seperti biasa di kampung tempat tinggal saya. Setiap setengah jam bunyi gendang besar di masjid. Dum, dum. Gendang ini dibunyikan (dipalu) oleh Siak masjid, Pak Jusoh. Sambil-sambil tu beliau akan mengemas masjid dan mencuci mana yang patut sebelum masuk waktu solat Jumaat.

Saya, Din Mail dan Tajuddin sedang bermain-main. Tajuddin sebaya saya kematian emak manakal Din masih ada ayah dan ibu. Ayah dan ibunya berasal dari Kelantan menyebabkan orang kampung panggil dia Mail Kelantan. Kami budak-budak panggil dia Pak Cik Mail. Orangnya rajin bekerja, berjimat cermat. Din anaknya muda setahun berbanding dengan saya dan Tajuddin. Tajuddin sebaya saya dan abangnya Chek Lah (Abdullah) baik orangnya.
Duduk dari kiri: Tajuddin, Kanan: Kamaludin
Berdiri tengah: Rosli Deraksa (rakan sekolah)


Dalam asyik bermain Tajuddin dan Din bersuara mengajak saya ke masjid bersolat Jumaat. Saya kata tidak tahu. Tetapi kata Tajuddin dia akan ajar. Ikut saja apa yang yang buat bila masuk masjid. Kata Din solat hanya dua rakaat. Tapi kena dengar Imam (khatib) baca khutbah. Saya masih mengelak. Maklumlah baru berumur 12 tahun sekolah darjah enam.

Namun kata-kata ini menyebabkan saya cukup menyayat hati "ayah hang dah mati (meninggal dunia). Kesian ayah hang. Kalau hang tak sembahyang nanti dia kena seksa. Tengok aku mak dah tak ada. Aku pi sembahyang tentu emak aku tak kena seksa".

"Aku ayah mak masih ada pun pi sembahyang. Jom jangan buang masa kita balik mandi dan pi sembahyang" kata Din menyambung. Ayah Din mengajar anak-anak dan orang-orang kampung mengaji Quran dan kitab hadis.

Mulai hari itu saya dan Tajuddin serta Din menjadi rakan pergi bersolat Jumaat bersama-sama. Alhamdulillah dengar khabar Tajuddin sudah ke Baitullah menunaikan fardu Haji kini menjadi Guru Kanan di salah sebuah sekolah menengah di Sik. Din (Kamaludin kini tinggal di Salak Tinggi)

Abang Lah masih di Sik menjadi pemandu teksi dari Gurun ke Sik. Pak Cik (Haji) Mail meninggal dunia tahun lepas (2007)

*Nota loghat utara:
Jom = Ayuh.
Pi = Pergi.
Hang = Kamu, Kau, Awak

Ulasan