Kegiatan Kemasyarakatan

Membentuk peribadi secara individu tidak akan sempurna andainya kita tidak menyertai mana-mana komuniti dalam masyarakat. Kita akan menjadi seperti kera sumbang dan syok sendiri sahaja. Justeru saya semasa berada dikampung telah menyertai persatuan belia dan sebuah parti politik.


Menjadi sayap pemuda dalam parti politik tersebut dalam usia yang muda sudah tentu akan menjadi duri dalam persatuan atau pertubuhan. Idea kita ada waktunya kritis. Namun orang-orang dewasa mana mungkin akan terima. Tambahan kebanyakkan orang-orang tua lebih suka idea mereka didengari oleh orang muda. Akhirnya ada usul untuk memecat saya dalam sayap pemuda.


Oleh kerana pengerusi parti orang yang ada pendidikan (bekas guru sekolah dewasa) maka pemecatan itu tidak berlaku. Beliau cuma menasihatkan saya agar berlembut sikit dengan ahli-ahli yang dewasa. Semasa pilihanraya pengerusi tersebut menjadi terkejut sebab saya aktif dalam parti politik ketika masih dibawah usia!


Saya tidak duduk diam bilamana saya terut aktif dalam persatuan belia 4B. Bersama-sama rakan-rakan kami adakan aktiviti yang boleh mengisi masa lapang. Kami mengikuti beberapa kursus-kursus yang dianjurkan oleh pejabat belia daerah mahupun negeri Kedah. Ketika Tan Sri Rafidah Aziz masih menjadi Setiausaha Politik. Kehebatan beliau berceramah mengagumkan saya. Maklumlah seperti tegas beliau "saya bekas pensyarah Universiti Malaya".


Saya banyak belajar erti kehidupan semasa menyertai persatuan belia dan pertubuhan politik. Namun saya tidak mendapat apa-apa imbuhan semasa aktif dalam kegiatan seumpama itu. Banyak rahsia kehidupan manusia saya kutip ketika bergiat dalam persatuan kemasyarakatan.

Kini saya berehat sementara kerana kesuntukan masa kerana kerjaya.

Ulasan

Mohd Faizal berkata…
Tahniah bang..menang anugerah fotografi UKM..Semoga terus cemerlang!