Senarai Blog Saya

09 September 2008

Panyabit Kepala

Alam kanak-kanak adalah keseronokkan. Bangun pagi tak fikir lain selain bermain. Tidak kira pagi permainan yang pasti mesti hidup dengan berm,ain.

Main pondok-pondok. Main askar melawan komunis. Main sungai. Main kereta buatan sendiri dengan menggunakan tin susu yang ditebuk dan di pasang pada kayu. Habis satu kampung kami keliling. Bising usah cakaplah tetapi itulah dunia kanak-kanak.

Masih saya ingat sekitar tahun 60-an dan 70-an terdapat seorang berbangsa Pakistan masuk kampung menjual barangan. Penampilannya agak menarik bila saya kenangkan kembali dan kini sering bertemu orang-orang seperti ini di sekitar kita. Pakai baju Pakistan membawa satu kotak berisi cincin dan tasbih. Satu bungkusan kain berisi sejadah, kain sarung dan Al Quran dan kitab.

Namun yang sedihnya bila dia masuk ke kampung dengan suaranya berbunyi "Manik kuran...., manik kuran" semua kanak-kanak menghilangkan diri. Kami menyorok di dalam rumah. Senyap sepi. Bila dikenangkan kembali kesian dia.

Kenapa terjadi begitu? Rupa-rupanya kesan pesanan orang-orang tua "bulan Satu (Januari) ada orang penyabit kepala dan ambil kepala budak-budak masuk ke dalam kain bawa ke tempat lain".

Malang betul nasib Pak Pakistan tu.

Tiada ulasan: