Harga Getah 29 Sen Sekati

Dengan hanya 29 sen apa yang boleh dilakukan? Mungkin pada tahun 1974 masih boleh membeli gula 2 sekati? Itulah nilai wang dengan harga getah hanya 29 sen pada tahun 1974. Agak perit jika mengenang dengan harga getah waktu itu. Bayangkan andai kita mahu 2.90 perlu menoreh getah sebanyak 10 kati.

Saya masih ingat emak terpaksa berhempas pulas untuk mencari rezeki dalam keadaan harga getah yang amat rendah. Bayangkan dengan usianya yang meningkat tau terpaksa menyara saya bersekolah hanya dengan memperolehi dibawah paras 5 ringgit sahaja.


Pada waktu itu berlaku inflasi. Berlaku bermacam-macam peristiwa di Baling. Masih saya ingat ketika itu Tun Musa Hitam datang ke Sik diserbu oleh penduduk menyebabkan helikopternya tidak dapat mendarat dan mengubah haluan mendarat ditempat lain. Semua orang tahu waktu itu kisah orang lapar dihebohkan. Saya masih ingat, setiap hari menu makanan saya hanyalah ikan tamban masih bersama sayur masak air daun cekur manis.

Nota: Waktu itu kiraan timbangan masih belum dalam kiraan metrik. (Kati kini: Kilogram)

Ulasan