Kemalangan bas di selekoh Z

Zaman saya bersekolah dulu kena berulang alik ke Sekolah Menengah Sik dengan bas Mara. Bas ini menjadi bas sekolah kami yang datang dari Nami. Seawal enam pagi saya sudah menunggu bas dengan rakan-rakan.

Pemandu bas bernama Pak Saad yang kami panggil Pak Aat. Orangnya begitu mesra dengan budak-budak sekolah boleh bercakap Siam tapi kalau bercakap Melayu bunyi slang Siamnya.

Entah kenapa suatu pagi dia tidak memandu tetapi diserahkan kepada rakannya yang bekerja sebagai mekanik dengan Mara. Pak Saad duduk di bahagian belakang sambil melayan rakan-rakan saya.

Bas Mara-sekadar hiasan

Tiba di satu selekoh merbahaya yang dikenali oleh orang Kampung Sungai Batang sebagai Kona Z (corner) tiba-tiba sebuah lori balak datang dengan laju dan melanggar bas yang kami naik. Bahagian yang dilanggar ialah sebelah pemandu.

Saya berada di bahagian depan bas, dekat tangga. Maklumlah budak-budak sekolah suka duduk.dikawasan tangga bas. Syukur kemalangan itu tidak mengakibatkan kecederaan kepada penumpang. Saya tidak dapat hendak membayangkan andainya lori itu melanggar tepat bahagian depan bas.

Pak Saad penik kerana kemalangan berlaku ketika dia tidak memandu. Pesan beliau jangan baeri tahu sesiapa bahawa dia tidak memandu ketika itu. Mungkin rahsia itu terpecah sekarang selepas hampir empat puluh tahun.

Ulasan

Unknown berkata…
Salam, seronok juga dengar cerita orang lama ni...mai la ke blog saya pula..
Terima kasih Sdra Khairil Shahmi. Insyaallah...
ebri2010 berkata…
Salam...terbaca blog kemalang di selekoh kona z...teringat saya zaman persekolahan dulu...cuma bezanya saudara dari Nami dan saya pula dari Belantik...tahniah kepada saudara, kerana ada jugak orang Sok yang berjaya seperti saudara
ebri2010 berkata…
Salam, terbaca blog kemalangan di kona z, terkenang zaman persekolahan sekitar tahun 80an.cuma saudara dari Nami dan saya dari Belantik...tahniah kepada saudara kerana menempa nama orang Sok di pesada Bangi
dantokbok berkata…
sronok baca kisah lama2 dari kawan2 sik.....untuk pengetahuan saudara abd raai osman.....pak at driver bas tu dah hampir 5 tahun meninggal....dia seorang yg sgt baik dan suka akan budak2....dan dia juga ada bau2 bacang dgn saya.....dia memang boleh berbahasa siam sama juga mcm saya pasal dia berasal dari kampung tualang....dekat kebun 500....kebanyakan org disana boleh berbahasa siam.....cuma generasi sekarang rasanya tidak boleh berbahasa siam.....agak hilang sedikit identiti kampung tualang...
Takziah | Saya rasa Pak At agak mesra dgn kami yg pernah naik yg dia pandu.

Malah pernah satu hari Selasa kamim balik sekolah ternampak ular tedung selar kuning nak lintas jalan. Pak At kata bas tak boleh jalan dulu nanti bahaya kepada penumpang. Dia tunggu sampai ular tu melintas.

Tapi sementara dok tunggu ular tu melintas jalan lalu teksi dengan laju, ular tu terkejut dan meninggikan badan. Pak At menjerit dalam telo bahasa Siam

Apa pun dalam catatan ini saya harap tidak menyinggung mana-mana pihak. Sekadar kenangan.