Kisah pilu
Sekitar tahun 1973, ketika saya pulang dari sekolah ke Kampung Sungai Batang, konduktor (orang Kedah sebut kolek) bas MARA yang saya sudah lupa namanya memberitahu sebuah lori balak kemalangan di Kampung Terenas. Tidak silap saya berhampiran ladang anggur Tasik Beris sekarang.
Tragisnya kemalangan itu ialah pemandu lori balak itu tersepit pada bumbung lori yang telah dihempap kayu balak yang dibawanya. Menurut cerita orang yang menyaksi kejadian, mangsa meminta tolong kerana kesakitan yang amat sangat. Namun apakan daya orang ramai gagal membantu. Mereka cuma mampu mengajar mengucap dan memberi sedikit air kepada mangsa.
Bantuan oleh pasukan Bomba (ketika itu belum dinamakan Penyelamat) kalau tidak silap dari Gurun atau Sungai Petani dan Alor Setar sahaja. Pekan Sik belum mempunyai pasukan Bomba.
Itulah peristiwa yang sukar saya lupa sehingga kini biarpun saya tidak melihat namun kesannya ialah betapa perlunya bantuan seperti pasukan Bomba dan Penyelamat mahupun JPA3. Kabarnya agensi itu telah wujud di Sik.
Jalan Tasik Beris ke Nami- Tidak jauh dari jambatan ini terdapat jalan lama Sik ke Nami berhampiran Kampung Terenas. Di sinilah pernah berlaku kemalangan pilu. |
Ulasan