Senarai Blog Saya

24 Disember 2011

Cikgu Putih

Cikgu Putih orangnya kecil sahaja. Guru lelaki yang mesra dengan orang kampung Sungai Batang. Guru Besar lelaki yang berasal dari Kampung Kemelong, Sik. Hatinya baik menyebabkan dia bermurah hati membenarkan arwah ayah menumpang di tanahnya berhanpiran Sekolah Kebangsaan Sungai Batang.

Sekolah lama yang agak sempurna bagi sebuah kampung. Dinding papan bertingkapkan dawai agar angin mudah masuk. Ada guru-guru wanita kurang senang dan tidak selesa dengan sekolah ini kerana ianya terbuka. Orang kampung boleh masuk ikut suka. Kalau orang kampung balik dari kebun atau sawah mereka akan berhenti seketika sambil melihat guru-guru mengajar

Mereka mungkin terpesona dengan wajah guru atau terpesona dengan apa yang diajar. Maklumlah tidak semua orang kampung yang celik huruf ketika itu. Justeru itu bahan yang diajar menarik minat mereka yang tidak pernah ke sekolah.

Cikgu Putih baik orangnya. Tapi ada satu hari dia naik angin apabila kami membuat bising dalam kelas yang berhampiran dengan biliknya. Mau taknya bising sampai nak karam. Maklumlah budak-budak darjah enam!

Beliau menyuruh saya mencari rotan. Saya jumpa abang Din, seorang Tukang Kebun merangkap Pembantu Pejabat. Abang Din suruh saya pilih mana satu rotan yang bagus. Saya pilih yang besar, kononnya kurang sakit.

Sesampai di bilik Cikgu Putih dia minta semua murid-murid lelaki berbaris, termasuk saya. Saya berbaris ditengah-tengah. Apa lagi Guru Besar yang penyabar ini sudah hilang sabar. Dirotannya ikut baris. Mak aiiii sakit juga. Saya berdetik dalam hati, ingat aku yang pergi cari rotan aku tak kena rotan. Balik rumah cerita kat emak, emak kata "hang nak mak tambah lagi ka?". Mulanya aku berdendam juga, maklumlah budak baru umur dua belastahun.... tapi rupa-rupanya dendam itu hilang kerana sifat pengasihnya ada dari dalam hati Cikgu Putih.

Beliau luhur hatinya dengan orang kampung. Peranannya macam penghulu kerana maklumlah seorang kakitangan kerajaan beliau mengambil berat biar apa saja masalah.

Ketika di Sekolah Menengah Kebangsan Sik saya bergurukan anak-anaknya Cikgu Radhi dan Cikgu Zainol. Kabarnya beliau masih sihat dan menghabiskan masa emasnya di Kampung Kemelung. Masa belum menemukan saya dengan beliau.

3 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

salam anaknda Raai,

Dekat rumah srengenge.....jumpa dia setiap Jumaat........masih boleh memandu kereta........inilah satu-satunya orang putih yang tinggal selepas kemerdekaan.....srengenge dah pun buat catatan dalam blog ( berunsur sastera)tak tau ada tang mana kerana dah lebih dari 2,200 entri yang dah tuleh.........bila jumpa nanti pos kat anaknda.

Wassalam

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

salam Raai,

dok cari artikle cikgu putih tak jupa..........tapi inilah isi2 dalam artikle tu...

.Mula kerja pas darjah 5
.gaji masa tu 12 ringgit sebulan
.gaji kena gi ambik di alor staq
.gi upah nek gerek
.khelek beli kambing
.sekor harganya 5 kupang

wassalam

Abd Raai bin Osman berkata...

Menarik ulasan ayahanda berkaiatn topik saya ini. Terima kasih memeberikan info kpd saya. Insyaallah saya balik Sik saya akan mencari Cikgu Putih