Kemalangan bas di selekoh Z
Zaman saya bersekolah dulu kena berulang alik ke Sekolah Menengah Sik dengan bas Mara. Bas ini menjadi bas sekolah kami yang datang dari Nami. Seawal enam pagi saya sudah menunggu bas dengan rakan-rakan.
Pemandu bas bernama Pak Saad yang kami panggil Pak Aat. Orangnya begitu mesra dengan budak-budak sekolah boleh bercakap Siam tapi kalau bercakap Melayu bunyi slang Siamnya.
Entah kenapa suatu pagi dia tidak memandu tetapi diserahkan kepada rakannya yang bekerja sebagai mekanik dengan Mara. Pak Saad duduk di bahagian belakang sambil melayan rakan-rakan saya.
Bas Mara-sekadar hiasan |
Tiba di satu selekoh merbahaya yang dikenali oleh orang Kampung Sungai Batang sebagai Kona Z (corner) tiba-tiba sebuah lori balak datang dengan laju dan melanggar bas yang kami naik. Bahagian yang dilanggar ialah sebelah pemandu.
Saya berada di bahagian depan bas, dekat tangga. Maklumlah budak-budak sekolah suka duduk.dikawasan tangga bas. Syukur kemalangan itu tidak mengakibatkan kecederaan kepada penumpang. Saya tidak dapat hendak membayangkan andainya lori itu melanggar tepat bahagian depan bas.
Pak Saad penik kerana kemalangan berlaku ketika dia tidak memandu. Pesan beliau jangan baeri tahu sesiapa bahawa dia tidak memandu ketika itu. Mungkin rahsia itu terpecah sekarang selepas hampir empat puluh tahun.
Ulasan
Malah pernah satu hari Selasa kamim balik sekolah ternampak ular tedung selar kuning nak lintas jalan. Pak At kata bas tak boleh jalan dulu nanti bahaya kepada penumpang. Dia tunggu sampai ular tu melintas.
Tapi sementara dok tunggu ular tu melintas jalan lalu teksi dengan laju, ular tu terkejut dan meninggikan badan. Pak At menjerit dalam telo bahasa Siam
Apa pun dalam catatan ini saya harap tidak menyinggung mana-mana pihak. Sekadar kenangan.