Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Cikgu Putih

Cikgu Putih orangnya kecil sahaja. Guru lelaki yang mesra dengan orang kampung Sungai Batang. Guru Besar lelaki yang berasal dari Kampung Kemelong, Sik. Hatinya baik menyebabkan dia bermurah hati membenarkan arwah ayah menumpang di tanahnya berhanpiran Sekolah Kebangsaan Sungai Batang. Sekolah lama yang agak sempurna bagi sebuah kampung. Dinding papan bertingkapkan dawai agar angin mudah masuk. Ada guru-guru wanita kurang senang dan tidak selesa dengan sekolah ini kerana ianya terbuka. Orang kampung boleh masuk ikut suka. Kalau orang kampung balik dari kebun atau sawah mereka akan berhenti seketika sambil melihat guru-guru mengajar Mereka mungkin terpesona dengan wajah guru atau terpesona dengan apa yang diajar. Maklumlah tidak semua orang kampung yang celik huruf ketika itu. Justeru itu bahan yang diajar menarik minat mereka yang tidak pernah ke sekolah. Cikgu Putih baik orangnya. Tapi ada satu hari dia naik angin apabila kami membuat bising dalam kelas yang berhampiran dengan b

Surat khabar

Surat khabar sesuatu yang istimewa di Sik empat puluh tahun lalu. Akhbar perdana mengambil tempat dan menjadi wadah berita yang disukai ramai. Dalam sebuah kampung boleh dikatakan tidak semua orang yang membelinya Kalau beli pun hanya ketika keluar ke pekan Sik. Waktu itu hanya sebuah kedai sahaja yang menjualnya. Surat khabar akan tiba sekitar pukul 9 atau 10 pagi. Kampung Sungai Batang kebiasaanya kami membaca di kedai-kedai kopi atau kedai runcit. Kalau ada sepuluh helai muka surat khabar maka akan berpecah menjadi sepuluh orang. Kalau yang membaca mengenai sukan maka bab sukan yang direbut dulu. Rencana-rencana yang berat jarang orang baca. Kecuali kalau ada berita kemangkatan sultan, serang hendap komunis yang melibatkan kejadian di Gubir, Nami, Naka maka berita akan jadi panas. Walhal kejadian itu biasanya telah berlalu hampir seminggu. Oleh kerana sebelum ini sudah ada khabar bahawa kejadian itu berlaku maka apabila surat khabar mengeluarkan beritanya orang kampung akan terc

Gelap malam

Lampu letrik. Agak pelik bagi saya bila mendengar benda itu. Mana tidaknya sejak saya tinggal di Sungai Batang, rumah saya mana ada lampu letrik. Bila saya balik ke rumah Pak su di Padang Menora, dekat jalan ke Lunas saya merasai terangnya lampu letrik. Kalau emak saya suruh ke sana setiap musim cuti sekolah memang menyeronokkan. Ketika rumah saya hanya menggunakan lampu minyak tanah. Kalau guna lilin kira orang kayalah kami. Ada waktunya waktu malam kalau nak berjalan ke mana-mana pakai lampu jamong yang di letakkan dalam tong kecil nyalakan api lampu. Tapi bagusnya lampu macam ini boleh menghindarkan serangan Ular Kapak. Emak saya akan menggunakan lampu minyak tanah dua biji ketika menganyam ata rumbia. Ketika menganyang tikar mengkuang juga emak akan menyalakan dua biji lampu minyak tanah.Kalau orang agak berada sikit mereka menggunakan lampu Gas Solin. Waktu itu seingat saya pekan Sik sudah ada janakuasa letrik yang diusahakan oleh seorang usahawan di sana. Waktu pagi akan di