Langkau ke kandungan utama

Sik dan Bahasanya.

Kali pertama membawa balik puteri-puteri saya balik Sik, puteri sulong membuat komen begini; "ayah kenapa Pak Haji Wahid bercakap tak macam sepupu ayah di Penang (Permatang Pauh)". Saya tersenyum kerana puteri sulong saya sudah mula merasa kelainan ketika berada di rumah abang angkat saya Haji Wahid Ahmad (Wahid Cu Mad).

Anda boleh bergaul dengan mereka
dan belajar memahami perlahan-lahan.

Orang Sik dan Baling bila bercakap menggunakan dialek yang berlainan daripada orang Kedah Hilir. Kata saya. "Kedah Hilir?", Atiqah masih bingung. "Kedah Hilir merangkumi Sungai Petani, Alor Setar, Yan, Kulim dan sebagainya. 

"Kedah Hulu merangkumi Sik, Baling, Kuala Nerang, Pendang", sambung saya. Kedah Hulu bila mereka bercakap menggunakan bahasa yang mirip orang Kelantan, tetapi boleh dibezakan kalau kita dengar secara cermat. Sambung saya kepada puteri-puteri saya.

Kata saya lagi, " Kalau Kedah Hulu becakap bunyi begini.....Mu nak G mana? Tapi Kalau orang Kedah Hilir pula akan berkata begini, "Hang nak P mana?" atau kalau dalam bahasa Melayu baku ialah " Kamu nak pergi mana?" . Anak-anak saya mula faham.

" Kalau G mana? maknanya P mana atau Pergi mana" . Bunyinya ringkas, tetapi kalau tak faham payah juga.
"Menarik sekali kalau kita mendengar mereka bercakap sesama merek. Tetapi kebanyakkan orang Sik apabila bercakap dengan orang luar mereka ada juga yang menggunakan bahasa Kedah Hilir.

Loghat ini dipercayai ada kaitan dengan sejarah Kedah yang pernah dinaungi oleh kerajaan Siam (Thailand) suatu ketika dulu. Sejarah tersebut melibatkan kisah pemberian Ufti kepada kerajaan Siam. Malahan kalau anda ke daerah Sik terdapat orang-orang di sana bercakap dalam bahasa Thai. Jika anda ke beberapa kampung orang melayu bercakap melayu tetapi bunyinya macam orang Thai bercakap melayu.

Di daerah Sik terdapat beberapa kampung yang didiami masyarakat Thai tetapi fasih berbahasa melayu dealik Sik. Cuma saya agak rugi tidak belajar bahasa Thai dari rakan-rakan bangsa itu ketika bersekolah dulu. 

Ini keunikkan yang saya lihat. Malahan walaupun mereka merantau jauh keluar daerah, namun dialeknya masih boleh dikenal pasti bahawa mereka orang Sik, Baling atau dari mana-mana orang Kedah yang tinggal di sempadan Thailand.

Allahyarham Tan Sri Hamid Othman, mantan Ahli Parlimen Sik yang pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika memberikan ucapannya, saya dapat mengecam beberapa sebutan yang melambangkan beliau anak Sik.

Misalnya ada seorang penulis pernah menulis di sebuah akhbar bahawa kalau menyebut A harus faham dulu maksudnya kalau tidak anda akan keciwa atau menjadi bahan ketawa orang lain.

A bermaksud huruf A kalau dieja. A juga boleh diletakkan pada nama bilik. Tetapi di Sik kalau A itu adalah "air" yang bermaksud  AYAK' buat orang Kedah Hilir.

Contohnya begini ; "G ambik A di dapo, Tok Wan nak makan" maksudnya " Pergi ambil air di dapur, Tok Wan nak minum" ( Tok Wan ialah panggilan untuk Atuk Lelaki | Makan bermaksud minum. Namun ketika ini oleh kerana ramai generasi baru yang berkahwin dengan orang luar dari Sik atau Negeri Kedah, maka penggunaan makan sudah berubah menjadi minum.

Contoh kedua; " Bawa buku ini G  Bilik A". Kalau boleh anda perlu berkata begini " Bawa buku ini G ke Bilik bertanda A". Kalau tidak sudah pasti buku tersebut akan dibawa ke Bilik Air.

Saya fikir mungkin sudah atau molek diwujudkan kamus loghat Sik. Namun ia mungkin menjadi tidak menarik kerana loghat ini lebih mudah dan lebih istimewa kalau dipelajari dengan bergaul dengan orang-orang Sik. Sam Ratulinggi  dalam komennya memberitahu pada tahun 1966, Prof Datuk Ismail Hussin telah membuat tesis mengenai dialek sik untuk PhDnya.

Secara peribadi saya mungkin bukanlah orang yang mahir berbahasa Sik, kerana ketika tinggal di Sik arwah ibu menggunakan bahasa Kedah Hilirnya. Manakala arwah ayah sebelum dia meninggal di Kampung Sungai Batang (kini Tasik Beris) menggunakan bahasa Perak kerana beliau orang Kuala Kangsar, Perak.

Saya pula  berkahwin dengan orang Muar, Johor yang pekat dengan bahasa Johor. Justeru itu saya harus mengimbangi gaya bahasa kerana anak-anak saya dilahirkan di Lembah Klang yang pastinya menggunakan bahasa Melayu baku. Manakala dua menantu saya pula seorang dari Pahang dan seorang dari Kemaman, Trengganu.

Saya menulis catatan ini sekadar ingin memperkenalkan dealik Sik, Baling dan sekitarnya. Bagi anda yang mungkin telah mahir, mungkin tiada masalah. Proses perubahan memang berlaku kerana penduduk Sik dari generasi muda telah ramai berhijrah ke luar dari Sik atau Kedah. Malahan terdapat daripada mereka berkahwin dengan orang luar dari Sik. Maka proses ini akan berlaku kepada anak-anak mereka.
Isteri saya (kiri sekali) sudah boleh
memahami dealik Sik walaupun beliau orang Muar.

Tetapi bagi saya pertuturan ini boleh dikekalkan kerana peribahasa berbunyi "Bahasa menunjukkan bangsa" tidak akan lapuk dek hujan. Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Namun asal usul kita jangan dilupakan.

Seperti orang Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan lain-lain lagi; mereka tetap menggunakan bahasa mereka walaupun sudah merantau jauh di kota. Saya berbangga dengan kebolehan menggunakan dealik ini. Malahan kalau saya bercakap hanya berdua di pejabat dialek ini akan digunakan bersama Haji Ismail, rakan pajabat yang berasal dari Baling.

Namun begitu kerana di UKM tempat saya bertugas mempunyai kepelbagaian bahasa dan loghat, maka kesukaran itu boleh saya atasi. Walaupun saya harus menggunakan loghat Utara ketika singgah di rumah keluarga saya di Permatang Pauh yang hanya 45 minit untuk sampai ke Sik.

Kalau kita boleh belajar, apa sahaja loghat dan bahasa boleh diamalkan. Malahan dengan kebolehan ini saya boleh bercakap dengan rakan-rakan dari Kelantan dan Terengganu begitu mudah walaupun tidak sama alunan bahasanya. Sekadar untuk berkawan, saya kini boleh menggunakan loghat Negeri Sembilan walaupun mereka tahu "Den  orang Kodah!


***Kamus ini mampu membantu anda Kamus Dialek Sik , Baling......cuba download kamus ni tgk....hasil usaha kak nasiroh hj hussein ni.....

Ulasan

moots berkata…
baru saya tau orang rumah en Raai org Muar. saya pun orang Muar juga.

keindahan loghat@dialek itulah yang membuatkan kita unik di mata dunia.

ketika di UKM, saya belajar lohat kelantan, kedah ( kedah Hilir ).

di Alor Gajah ( kerja ) pula saya belajar loghat org negeri.

inilah nikmatnya kepelbagaian bahasa dan dialek.

~Menantu Terpilih~
Kampung isteri saya di Jalan Bakariah.Terima kasih respon tulisan saya.
zam berkata…
http://www.4shared.com/office/db8QvNBK/EKAMUS.html ......cuba download kamus ni tgk....hasil usaha kak nasiroh hj hussein ni.....
salam..mf mencelah..saya pon org sik..kebanyakan pakcik2 dan mak cik2 dalam gambar kebanyakannya saya kenal.. mereka juga saudara mara saya.. orang2 beris jaya
salam..mf mencelah..saya pon org sik..kebanyakan pakcik2 dan mak cik2 dalam gambar kebanyakannya saya kenal.. mereka juga saudara mara saya.. orang2 beris jaya
bismi berkata…
Beris jaya...rinsu mak ayah
bismi berkata…
Beris jaya...rindu mak ayah...sy pon org sik..skrg menetap ngan keluarga suami di jenderam hulu dengkil
Tanpa Nama berkata…
Saya pon orang beris jaya smua dlm foto sya kenal..
Tanpa Nama berkata…
Saya pon org beris jaya
Tanpa Nama berkata…
Saya pon orang beris jaya smua dlm foto sya kenal..
anak kampung berkata…
Saya org sik. Sekarang belajaq di ukm
anak kampung berkata…
Saya org sik. Sekarang belajaq di ukm
Unknown berkata…
kalau maksud .. buu klang tu apa ya ? Kalau bole saya nak tahu . Tq
Mohon kawan-kawan yang mahir bagi jawapan soalan ini.

Catatan popular daripada blog ini

Azabnya Bersunat

Adik sudah bersunat? Kalau adik seorang yang berani maka kena baca catatan ini. Jika takut kerana ngeri disebut bersunat saya nasihat jangan membacanya. Namun jika nak menjadi orang yang berani maka adik wajib memaksakan diri untuk membaca catatan ini. Adik-adik yang bersunat cara moden tidak mengalami pengalaman seumpama ini kerana kaedah bersunat saya cara tradisional yang dilakukan pada tahun 1969. Kawan sebaya saya sudah bersunat. Berjalan pakai kain pelekat tapi kena angkat sikit kat bahagian depan semasa tidur atau berjalan. Berjalan mengengkang dan harus berhati-hati kerana kuatir tersepak batu. Tapi bila mereka terjumpa saya maka sudah pasti saya kena ejek sebab kononnya saya takut nak jumpa dengan Tok Mudim . Mereka menakutkan saya dengan mengatakan pisau Tok Mudim besar, tumpul. Kononnya ada yang tidak putus semasa kerja-kerja bersunat dilakukan! Wau berpeluh dibuatnya apabila mendengar kisah mereka. Satu pihak lagi menaikkan semangat saya pula. Jika tidak bersunat kau bukan

Dari Daerah Permai Ke Lembah Rezeki

  Tahun 1968 ayah membawa saya, emak merantau ke Sungai Batang, Sik. Sebagai kanak-kanak lelaki baru berusia 10 tahun saya tidak mengerti apa-apa tentang kehidupan orang dewasa. Suka atau tidak, saya hanya akur dengan penghijrahan itu. Maka bermula tahun 1968 saya menjadi sebahagian penghuni sebuah kampung di pedalaman Kedah. Pekan Sik sebelum dibangunkan - 7 Jun 2002. Foto oleh Raai Osman Kampung ini terletak dipinggir sebuah bukit yang dinamakan Bukit Besar yang diceritakan bersempadan dengan Negara Thailand. Waktu pengganas komunis masih menjadi musuh utama negara. Maka tidak hairanlah saban malam terdengar bunyi tembakan motar oleh tentera kita menghalau musuh-musuh. Justeru, bunyi kereta kebal askar-askar sudah menjadi perkara yang amat lumrah sejak menjadi warga Kampung Sungai Batang. Di mana terletaknya Kampung Sungai Batang anda akan perolehi maklumat setelah mengikuti catatan sepenuhnya. Kampung ini terlalu istimewa buat buat saya walaupun bukan kampung asal tempat tumpah dara