Kali pertama membawa balik puteri-puteri saya balik Sik, puteri sulong membuat komen begini; "ayah kenapa Pak Haji Wahid bercakap tak macam sepupu ayah di Penang (Permatang Pauh)". Saya tersenyum kerana puteri sulong saya sudah mula merasa kelainan ketika berada di rumah abang angkat saya Haji Wahid Ahmad (Wahid Cu Mad).
![]() |
Anda boleh bergaul dengan mereka dan belajar memahami perlahan-lahan. |
"Kedah Hulu merangkumi Sik, Baling, Kuala Nerang, Pendang", sambung saya. Kedah Hulu bila mereka bercakap menggunakan bahasa yang mirip orang Kelantan, tetapi boleh dibezakan kalau kita dengar secara cermat. Sambung saya kepada puteri-puteri saya.
Kata saya lagi, " Kalau Kedah Hulu becakap bunyi begini.....Mu nak G mana? Tapi Kalau orang Kedah Hilir pula akan berkata begini, "Hang nak P mana?" atau kalau dalam bahasa Melayu baku ialah " Kamu nak pergi mana?" . Anak-anak saya mula faham.
" Kalau G mana? maknanya P mana atau Pergi mana" . Bunyinya ringkas, tetapi kalau tak faham payah juga.
"Menarik sekali kalau kita mendengar mereka bercakap sesama kita. Tetapi kebanyakkan orang Sik apabila bercakap dengan orang luar mereka ada juga yang menggunakan bahasa Kedah Hilir.
Loghat ini dipercayai ada kaitan dengan sejarah Kedah yang pernah dinaungi oleh kerajaan Siam (Thailand) suatu ketika dulu. Sejarah tersebut melibatkan kisah pemberian Ufti kepada kerajaan Siam. Malahan kalau anda ke daerah Sik terdapat orang-orang di sana bercakap dalam bahasa Thai. Jika anda ke beberapa kampung orang melayu bercakap melayu tetapi bunyinya macam orang Thai bercakap melayu.
Di daerah Sik terdapat beberapa kampung yang diami masyarakat Thai tetapi fasih berhasa melayu dealik Sik. Cuma saya agak rugi tidak belajar bahasa Thai dari rakan-rakan bangsa itu ketika bersekolah dulu.

Ini keunikkan yang saya lihat. Malahan walaupun mereka merantau jauh keluar daerah, namun dialeknya masih boleh dikenal pasti bahawa mereka orang Sik, Baling atau dari mana-mana orang Kedah yang tinggal di sempadan Thailand.
Allahyarham Tan Sri Hamid Othman, mantan Ahli Parlimen Sik yang pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika memberikan ucapannya, saya dapat mengecam beberapa sebutan yang melambangkan beliau anak Sik.

Misalnya ada seorang penulis pernah menulis di sebuah akhbar bahawa kalau menyebut A harus faham dulu maksudnya kalau tidak anda akan keciwa atau menjadi bahan ketawa orang lain.
A bermaksud huruf A kalau dieja. A juga boleh diletakkan pada nama bilik. Tetapi di Sik kalau A itu adalah "air" yang bermaksud AYAK' buat orang Kedah Hilir.
Contohnya begini ; "G ambik A kat dapur Tok Wan nak makan" maksudnya " Pergi ambil air Tok Wan nak minum" ( Tok Wan ialah panggilan untuk Atuk Lelaki | Makan bermaksud minum. Namun ketika ini oleh kerana ramai generasi baru yang berkahwin dengan orang luar dari Sik atau Negeri Kedah, maka penggunaan makan sudah berubah menjadi minum.
Contoh kedua; " Bawa buku ini G Bilik A". Kalau boleh anda perlu berkata begini " Bawa buku ini G ke Bilik bertanda A". Kalau tidak sudah pasti buku tersebut akan dibawa ke Bilik Air.

Saya fikir mungkin sudah atau molek diwujudkan kamus loghat Sik. Namun ia mungkin menjadi tidak menarik kerana loghat ini lebih mudah dan lebih istimewa kalau dipelajari dengan bergaul dengan orang-orang Sik.Sam Ratulinggi dalam komennya memberitahu pada tahun 1966, Prof Datuk Ismail Hussin telah membuat tesis mengenai dialek sik untuk phdnya.
Secara peribadi saya mungkin bukanlah orang yang mahir berbahasa Sik, kerana ketika tinggal di Sik arwah ibu menggunakan bahasa Kedah Hilirnya. Manakala arwah ayah sebelum dia meninggal di Kampung Sungai Batang (kini Tasik Beris) menggunakan bahasa Perak kerana beliau orang Kuala Kangsar.
Lebih parah buat saya kerana berkahwin dengan orang Muar yang pekat dengan bahasa Johor. Justeru itu saya harus mengimbangi gaya bahasa kerana anak-anak saya dilahirkan di Lembah Klang yang pastinya menggunakan bahasa Melayu baku.
Saya menulis catatan ini sekadar ingin memperkenalkan dealik Sik, Baling dan sekitarnya. Bagi anda yang mungkin telah mahir, mungkin tiada masalah. Proses perubahan memang berlaku kerana penduduk Sik dari generasi muda telah ramai berhijrah ke luar dari Sik atau Kedah. Malahan terdapat daripada mereka berkahwin dengan orang luar dari Sik. Maka proses ini akan berlaku kepada anak-anak mereka.
Tetapi bagi saya pertuturan ini boleh dikekalkan kerana peribahasa berbunyi "Bahasa menunjukkan bangsa" tidak akan lapuk dek hujan. Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Namun asal usul kita jangan dilupakan.
Seperti orang Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan lain-lain lagi; mereka tetap menggunakan bahasa mereka walaupun sudah merantau jauh di kota. Saya berbangga dengan kebolehan menggunakan dealik ini. Malahan kalau saya bercakap hanya berdua di pejabat dialek ini akan digunakan bersama Haji Ismail, rakan pajabat yang berasal dari Baling.

Isteri saya (kiri sekali) sudah boleh memahami dealik Sik walaupun beliau orang Muar. |
Tetapi bagi saya pertuturan ini boleh dikekalkan kerana peribahasa berbunyi "Bahasa menunjukkan bangsa" tidak akan lapuk dek hujan. Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Namun asal usul kita jangan dilupakan.
Seperti orang Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan lain-lain lagi; mereka tetap menggunakan bahasa mereka walaupun sudah merantau jauh di kota. Saya berbangga dengan kebolehan menggunakan dealik ini. Malahan kalau saya bercakap hanya berdua di pejabat dialek ini akan digunakan bersama Haji Ismail, rakan pajabat yang berasal dari Baling.
Namun begitu kerana di UKM tempat saya bertugas mempunyai kepelbagaian bahasa dan loghat, maka kesukaran itu boleh saya atasi. Walaupun saya harus menggunakan loghat Utara ketika singgah di rumah keluarga saya di Permatang Pauh yang hanya 45 minit untuk sampai ke Sik.
Kalau kita boleh belajar, apa sahaja loghat dan bahasa boleh diamalkan. Malahan dengan kebolehan ini saya boleh bercakap dengan rakan-rakan dari Kelantan dan Terengganu begitu mudah walaupun tidak sama alunan bahasanya. Sekadar untuk berkawan, saya kini boleh menggunakan loghat Negeri Sembilan walaupun mereka tahu "Den orang Kodah!
***Kamus ini mampu membantu anda Kamus Dialek Sik , Baling......cuba download kamus ni tgk....hasil usaha kak nasiroh hj hussein ni.....

12 ulasan:
baru saya tau orang rumah en Raai org Muar. saya pun orang Muar juga.
keindahan loghat@dialek itulah yang membuatkan kita unik di mata dunia.
ketika di UKM, saya belajar lohat kelantan, kedah ( kedah Hilir ).
di Alor Gajah ( kerja ) pula saya belajar loghat org negeri.
inilah nikmatnya kepelbagaian bahasa dan dialek.
~Menantu Terpilih~
Kampung isteri saya di Jalan Bakariah.Terima kasih respon tulisan saya.
http://www.4shared.com/office/db8QvNBK/EKAMUS.html ......cuba download kamus ni tgk....hasil usaha kak nasiroh hj hussein ni.....
salam..mf mencelah..saya pon org sik..kebanyakan pakcik2 dan mak cik2 dalam gambar kebanyakannya saya kenal.. mereka juga saudara mara saya.. orang2 beris jaya
salam..mf mencelah..saya pon org sik..kebanyakan pakcik2 dan mak cik2 dalam gambar kebanyakannya saya kenal.. mereka juga saudara mara saya.. orang2 beris jaya
Beris jaya...rinsu mak ayah
Beris jaya...rindu mak ayah...sy pon org sik..skrg menetap ngan keluarga suami di jenderam hulu dengkil
Saya pon orang beris jaya smua dlm foto sya kenal..
Saya pon org beris jaya
Saya pon orang beris jaya smua dlm foto sya kenal..
Saya org sik. Sekarang belajaq di ukm
Saya org sik. Sekarang belajaq di ukm
Catat Ulasan