Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

Ikhtiar Untuk Hidup

Siapa kata menjadi anak tunggal lelaki dan anak bongsu akan menjadi anak emas emak? Kenyataannya ya. Kerana saya melihat ramai yang berkeadaan begitu. Beruntung bagi mereka yang berada dalam keadaan selesa dengan harta yang banyak peninggalan arwah ayah. Saya tidak dapat merasai semua itu. Perlu hidup sendiri. Tahun 1976 saya memujuk emak untuk ke Kuala Lumpur untuk menjalani satu kursus penulisan dan kewartawanan dengan sebuah sekolah persendirian. Tuan punya sekolah ini En Ghani Ahmad bekas editor Utusan. Saya tidak tahu beliau dimana sekarang. Saya sudah terputus hubungan sejak hujung tahun 1980-an. Waktu itu belum banyak sekolah, kolej swasta seperti sekarang. Ghani Ahmad menyewa satu bilik disebuah rumah kedai di Jalan Abdullah Kampung Baru. Tahun 1976 saya pertama kali mengenali Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi dari Butterworth. Sebelum itu singgah di rumah Pak Su Lazim (adik emak) di Kampung Padang Jarak, dekat Padang Menora, Seberang Prai. Mak Su membekalkan saya ketupat pu

Kelas Tusyen

Saya mempunyai kumpulan sahabat yang begitu akrab. Rakan-rakan sekolah. Tajuddin Yahya, Kamaluddin Ismail, Majid Derasid, Antara kami Tajuddin lebih terserlah kerana dia sering dapat nombor satu dalam peperiksaan diamana akhirnya dia belajar di Sekolah Sultan Abdul Hamid (SAH), Alor Star. Dalam ramai-ramai dia menjadi sebutan Guru Besar, Cikgu Putih bin Ahmad. Tiap kali Hari Guru, Hari Penyampaian Sijil, Hari Sukan nama Tajuddin akan dijadikan idola. Kami tidak cemburu, tapi kami berbangga. Namun Tajudin pernah memberitahu saya, dia agak tertekan semasa di sekolah SAH kerana bimbang tidak boleh mencapai tahap keputusan yang cemerlang. Dia akhirnya berjaya ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM-kini Universiti Putra Malaysia). Sekarang menjadi Guru Penolong Kanan di Sik. Lama saya tidak berjumpa beliau. Mengikut rekod sejarah yang saya ada, Tajuddin orang pertama masuk ke universiti dari Kampung Sungai Batang. Selepas habis SPM saya mencadangkan kepada rakan-rakan rapat untuk mewujudka

Musim Hujan

Sungai Batang sebuah kampung yang terletak dikelilingi bukit bukau. Suhunya sejuk. Terletak ke arah timur dalam perjalanan ke Pedu. 16 km dari Pekan Sik. Tahun 1970-an orang takut nak berjalan malam. Kawasan itu merupakan kawasan pinggiran sempadan Thailand. Taburan hujan agak tinggi. Pernah orang kampung mengalami musim hujan tiga bulan. Siang hujan, malam hujan. Tanah di kampung tersebut tidak kering hampir empat bulan. Orang-orang kampung tidak dapat turun ke kebun getah. Bagi mereka yang rajin, masuk hutan cari rotan, buluh dan daun rumbia untuk dibuat atap (bumbung) rumah. Bayangkan tiga bulan, hampir empat bulan pokok getah basah. Pernah suatu hari saya rajinkan diri masuk kebun getah jam 3 petang. Wau seram. Mana tidaknya fikiran asyik terfikir Sang Belang! Lazimnya kaki judi di kampung tersebut main judi siang malam nak cari duit kononnya. Sabda Rasullallah kemiskinan itu menghampiri kekufuran! Emak saya janda miskin, ketika musim menanam padi dia akan turun sawah (bendang). Mu

Kenduri Kawin

Kenduri kawin memang meriah di kampung. Bila tiba musim kenduri orang kampung tidak kira hari Ahad sebab orang kampung di Sungai Batang kerja di kebun atau sawah. Mana ada cuti hujung minggu. Negeri Kedah bercuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat. Makan satu hidang empat orang. Semasa kenduri kawin kami akan makan daging. Maksudnya gulai daging. Sedap sekali apabila mengenang kembali. Daging segar. Bukan daging beku. Sembelih sebelah petang. Malam bergotong royong melapah seekor lembu atau kerbau untuk makan sekampung. Perut dijadikan kerabu dengan adunan umbut bayas yang diambil dari hutan Bukit Besar. Amat sedap. Paling seronok saya masih ingat jikalau makan sehidang dengan Azmi anak Pak Cik Hamid saya dan rakan-rakan gembira, mereka tidak makan daging. Dia dah jemu kerana ayahnya menjadi penjual daging! Ketika musim kenduri kawin orang kampung kenyang sekeluarga kerana tidak perlu masak. Pesta kenduri kawin meriah dengan pertunjukan silat pulut.

Wayang Kulit,Fun Fair, Wayang Pacak, Television

Wayang Kulit,Fun Fair, Wayang Pacak, Television merupakan media hiburan yang pernah saya tonton semasa tinggal di Sungai Batang, Wayang kulit diusahakan oleh seorang tukang wayang kampung tersebut. Menghiburkan namun pada peringkat awal saya perlu memahaminya secara mendalam kerana Tok Dalang menggunakan bahasa melayu loghat Siam. Fun fair merupakan hiburan yang agak eksklusif. Nak masuk ke fun fair kena bawa banyak wang. Ada game dan sebagainya. Akhirnya saya menyedari fun fair kurang elok dikunjungi kerana terdapat permainan berunsurkan perjudian. Namun jika ada persembahan pentas dapatlah kita melihat Daud Kilau (Dato), malah sekiranya bernasib baik dapat tengok Hail Amir dan Uji Rashid. Di Sik terdapat satu orkestra yang bernama Orkes Candeni. Mereka membawa lagu-lagu hindustan dengan penarinya dua orang mengelek ala penari arab. Tapi mereka ini darai (pondan). Wayang pacak begitu popular waktu. Ia ditayangkan oleh Jabatan Penerangan. Datang sebelum senja wayang ditayang selepas